Permata hati
>> 08 September 2010
Salam 28 Ramadhan. ‘Afwan, lama saya tidak update hehe. Banyak perkara penting yang harus saya selesaikan. Terasa otak ini sudah berkarat kerana sudah terlalu tidak menutur kata. Di waktu ini kita berada di penghujung Ramadhan. Diingatkan bahawa Ramadhan akan berlalu dan meninggalkan kita tetapi janganlah kita yang meninggalkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang Ramadhan. Teringat kata-kata dari Ustaz dalam ceramah beliau di majlis penutup Qiamullail, “Jadilah kamu ini manusia hamba-hamba Allah yang Rabbani, dan jangan kamu jadi hamba Ramadhan”. Rabbani disini bermaksud berterusan beribadah kepada Allah.
Ya, seminggu yang lalu saya menikmati qiamullail bersama sahabat UBD. Jujur, inilah kali pertama saya. Subhanallah. Betapa indahnya tidak terkata, dan indahnya ukhuwah ini. Sungguh betapa jauhnya saya dari mereka…
Kata-kata dari teman saya yang luar biasa antara mereka. Beliau mengatakan;
“Selamat berpuasa for the remaining days. semoga manfaat bulan ramadhan dimana pahala sunat sama dgn pahala wajib n pahala wajib digandakan 70 kali. au, skajap. rugilah urg yg nda memanfaatkan bulan ramadhan ani.
alhamdulillaah, siok rasanya ahh sama orang2 yg sama2 ingin mencari n mengejar keredha'an allaah, sama2 ingin mendekatkan diri kepadaNya, sama2 ingin memperbaiki diri. tenang rasanya bila sama2 urg2 cemani.
semoga apa2 yg baik2 yg jihah dapat dari majlis qiamullail last week akan di 'copy n paste' n 'clone' to others. n semoga orang yg menerima 'ilmu2 dari majlis ani akan lebih faham n lebih baik n lebih byk mengaplikasi dari urg yg menyampaikan.”
InsyaAllah~ amiin ya Rabb..
Back to entri kali ini actually, saya ingin bercerita tentang tazkirah paling mengesankan saya, yang disampaikan oleh salah seorang teman kami pada malam itu - iaitu mengenai orang tua (Ibu Bapa Kitani).
Ingat pesan Rasulullah SAW, "Berbakti kepada keduanya adalah jihad." (Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru r.a.)
--
“Rindu babah eh,” sapa babah dengan senyuman, sebaik sahaja melihat kelibat saya yang baru sampai rumah.
Saya tergelak kecil mendengar pengakuan ikhlas dari babah. *senyum* Tangan saya disambut penuh rasa kasih. Mama yang kebetulan berada di belakang babah memilih untuk berdiam diri sahaja, lantas saya kucup tangan lembutnya. Selepas bersalaman dengan mereka, saya pergi masuk ke bilik dan…ter…zZzz..
--
Ok ok..focus, berbalik pada tajuk entri. Ingin saya kemukakan beberapa perkara, dimulakan dengan beberapa soalan: Siapa dia seorang ibu, siapa dia seorang bapa? Apakah kepentingan mereka dalam kehidupan kita? Seterusnya, pernahkah kamu menyahut panggilan ibu bapa dengan nada suara yang tinggi? Pernahkah kamu mengeluarkan kata ishh, ciss dan sebagainya (kes merungut) di hadapan/belakang mereka? Pernahkah kamu tidak setuju dengan pendapat mereka bulat-bulat? Pernahkah kamu membantah kehendak mereka, walau hanya ingin ditemani pergi ke kedai? Kenapa kita memberi priority yang utama kepada teman-teman berbanding kepada ibu bapa? Berapa kali kamu telah membuat perasaan mereka tersinggung? Sekarang tepuk dada tanya hati, wajarkah kita layan mereka sebegitu? Setelah apa yang mereka lakukan untuk kita selama ini demi melihat kita dalam keadaan serba baik? Masya Allah… Kita semua tahu mentaati ibu bapa itu hukumnya wajib, tetapi tanpa sedar kita telah banyak berbuat kesalahan kepada mereka, dan seolah-olah hukum wajib tadi bertukar kepada hukum sunat. Na’uzubillah!
Bayangkan seorang ibu atau bapa yang sanggup menjaga 10 orang anak-anaknya, tetapi sesudah anak-anaknya besar dan berjaya, yakinkah 10 orang anaknya sanggup menjaga orang tuanya itu? Belum tentu! Kenapa saya berani berkata sedemikian? Kerana sudah banyak contoh yang dipamerkan. Masya Allah. Bagaimana pula dengan orang tua yang mempunyai 2-3 orang anak sahaja? Yakinkah kesemuanya akan memberi perhatian sepenuhnya kepada orang tuanya? Kenapa ini semua boleh terjadi, apakah punca sebenar? Di mana letaknya komitmen seorang anak? Ke mana perginya kasih sayang seorang anak?
Mungkin setengah orang belum terkesan dihatinya, tetapi masa itu akan tiba nanti insyaAllah, iaitu apabila kita sendiri sudah bergelar ibu/bapa. Pastinya kita tahu persis apa yang dirasakan orang tua kita. Bagaimana kita menjaga hati indung, kelak begitulah cara anak menjaga hati kita. Ingat, kehidupan ini umpama pusingan roda. Jika kita layan ibu dan bapa dengan baik, insyaAllah anak kita nanti pun akan memberi layanan yang baik kepada kita. Ok enough said.
Kesimpulannya, bersyukurlah kerana masih mempunyai ‘mereka’ di dunia ini. Kerana mereka begitu berharga. Tidak ternilai, tiada tandingan dan tiada pengganti! Jangan pernah lelah berbakti kepada mereka selagi hayat dikandung badan. Buatlah mereka redha dengan apa saja perbuatan kita kerana disitu letaknya redha Allah. Mereka sumber terangkatnya segala keberkatan doa. Mari kita gembirakan mereka. Tataplah wajah mereka sepuas-puasnya, dengan penuh kasih sayang kerana kita tidak tahu kematian menjemput siapa dulu...
*tangis keinsafan*
Berikut adalah doa yang sempat dikongsikan semasa sesi tazkirah. Semoga Allah memberkati usaha kalian, duhai sahabat. Amiin. Mari kita sama-sama mengamalkan doa ini.
Sabda Rasulullah SAW: "Apabila Ibnu Adam (Manusia) telah meninggal maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: Sadaqah jariah, 'ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh."
0 comments:
Post a Comment