Sajak tentang Zikir
>> 01 September 2010
*alarm berbunyi* 2.30 AM. 'Hmm... kajap lagi'. Terlena sebentar, tiba-tiba lampu tidur yang menerangi bilik tertutup, begitu juga penghawa dingin. Blackout?! Mujurlah handphone saya boleh dijadikan sebagai torch light. Lalu saya bangun dan pergi menuju ke bilik air untuk berwudhuk.
Sekelumit harapan untuk bertaubat pada Mu ya Allahu rabbi atas kelalaian ketika Kau kurniakan nikmat selepas mendung ujian yang bertandang, moga aliran keimanan terus membasahi jiwa.
Ketukan pintu bilik mengejutkan saya. Terdengar suara bibi memanggil dari luar.
"Dik, dik.. saya cari-cari lilin tapi tak jumpa."
Huhu, cari punya cari memang tidak ada. "Sudah habis kali, bi", kata saya kepadanya. Jam menunjukkan pukul 4.20 AM, babah dan mama pula belum bangun. 'Eh...' Dengan perlahan saya bangunkan ahli keluarga, dan kami sekeluarga menikmati jamuan sahur dalam keadaan samar-samar bercahayakan 'torch light'. Hehe.
Selepas bersahur, sambil menunggu adanya karan di rumah, saya duduk di sofa bersebelahan dengan babah. Diam. Masing-masing merehatkan 'perut' hehe, dan melayan fikiran, I guess. Saya lupa dimana kami memulakan perbicaraan hinggalah babah sebut tentang zikir.
"Laa ilaaha illallah, atu mentauhidkan Allah. Kalau zikir batin cana?", kata babah.
"Um?", saya memberi respon sambil mata sekali-sekala menatap pada buku yang saya ambil dari bilik.
Dengan menguatkan tarikan nafas dan hembusannya, babah berkata lagi, "Dalam nafas, ni apa?"
"Ruh? Jiwa?", saya cuba meneka dengan mengambil perkataan dari bait-bait sajak yang saya sempat baca ketika mendengar penerangan babah. Saya suluh buku itu dengan 'torch light' untuk mencari jawapan. Macam tah ada di sana haha..
"Ni nah, Allah (tarik nafas) -hu (hembuskan nafas); ikut rentak nafas. Jadi amalan walau dalam tidur. Macam para malaikat nda putus-putus bezikir, sama jua dengan makhluk Allah yang lain, durang pun sebenarnya bezikir ganya nda nampak. Apatah lagi tani manusia yang diberikan akal."
'Zikir-batin?'
"Eh, macam ada ku tebaca tadi (kiasan) pasal ani", saya tersenyum :)
Sumber:
Abdul Majid Hj Khatib, Renungan Batin Kesufian, hal. 75, cetakan pertama, tahun 1408 H.
1 comments:
Assalamualaikum...
pernah baca buku ini,buku sahabat..
saudari thu di mana blh dpt buku ini...
mencari di carian google tidak berjumpa..
Post a Comment