Hakikat
>> 08 October 2010
29 Syawal 1431 H
Assalamu'alaikum wrh wbt... para pembaca yang dikasihi Allah. Tanpa kita sedari, kini kita sedang berada di penghujung bulan Syawal. Sebelum bulan Syawal berlalu pergi, sekali lagi saya ingin mengucapkan SHR Aidilfitri kepada semua.. 'heeeeeeee!' :)
Alhamdulillah, tiada lagi 'kesibukan yang mengharu biru' seperti sebelumnya. Jadi, saya ingin berkongsi kepada semua sebuah sajak indah ♥♥♥
Asal karangan ialah ayat
Asal ayat ialah perkataan
Asal perkataan ialah huruf
Asal garisan ialah noktah
Dari noktah menjadi garisan
Dari garisan menjadi huruf
Dari huruf menjadi perkataan
Dari perkataan menjadi ayat
Dari ayat menjadi karangan
Hakikat manusia ialah ruh
Hakikat ruh ialah Al-Ruh
Hakikat Al-Ruh ialah Allah SWT
Kesimpulan Al-Quran dalam Al-Fatihah
Kesimpulan Al-Fatihah dalam Bismillah
Hakikat itu ialah asal
Asal juga digelar sumber
Sumber juga yang sebenar (Al-Haqq)
Dalam 'yang sebenar' itulah kesimpulan
Dalam 'yang sebenar' itulah segalanya tersembunyi
Ghaib dari pandangan mata
Tetapi disedari perasaan jiwa
Jiwa yang sedar adanya Al-Haqq itulah jiwa yang hidup
Jiwa yang lupa adanya Al-Haqq itulah jiwa yang mati
Sesungguhnya Al-Haqq itu satu nama dari nama-nama Allah SWT.
Sumber:
Abdul Majid Hj Khatib, Renungan Batin Kesufian, hal. 87, cetakan pertama, tahun 1408 H.
p/s: Suka? Saya pun sukaaa. Tapi adakah kamu benar-benar faham maksud yang tersirat? :)
0 comments:
Post a Comment