Hablumminallah wa hablumminannaas

>> 21 October 2010

Susahkan nak maafkan orang? Ya. Saya akui susah. Bukan mudah hendak memaafkan orang yang telah melukakan kita. Yang mungkin memfitnah kita. Yang mungkin menyebar cerita-cerita palsu fasal kita. Yang suka membuat spekulasi dan cerita itu dan ini berkenaan kita. Yang tikam kita dari belakang. Yang khianat kita. Yang tak habis-habis cari fasal dengan kita. Yang itu, yang ini, yang begitu dan yang begini.

Memang susah hendak memaafkan. Saya tidak bohong.

Lebih-lebih lagi apabila kita sudah cuba berlapang dada, berhenti dari meneruskan sengketa, bahkan menghulurkan tangan meminta kemaafan kalau-kalau ini semua dimulakan oleh diri kita, tetapi kita tidak dilayan bahkan semakin menjadi-jadi pula kebencian mereka terhadap kita.

Memang susah. Saya tidak pernah kata senang.

Tetapi berikanlah kemaafan.

Walaupun sukar.

Jangan jual jiwa kamu.

Apakah untungnya kita melenting dengan orang yang melakukan macam-macam pada kita?

Ya, saya faham jiwa kita sakit. Hati kita cedera. Kita terasa. Lagilah kalau orang-orang itu kita sayang sebenarnya. Kita anggap macam keluarga kita. Keluarga mereka pun kita rapati dengan baik, adik beradik mereka pun kita layan dengan baik, bahkan kita pernah memberikan hadiah kepada mereka, dan bertanya pula apa salah kita yang membuatkan mereka tidak suka kepada kita.

Dengan sikap mereka yang masih membenci kita, bahkan cerita 1001 macam berkenaan kita, spekulasi macam-macam, menimbulkan persoalan-persoalan yang membawa fitnah kepada kita, memang kita akan terluka dan sangat-sangat terluka. Ya. Saya faham.

Tetapi perasankah, apabila kita mula ‘membenci’ mereka, rasa ’sakit hati’ dengan sikap mereka, rasa hendak ‘membalas’ apa yang mereka lakukan, tidakkah anda melihat ‘kehitaman’ yang mula ‘menjamah’ jiwa anda?

Tidakkah anda melihat bagaimana syaitan mula ‘memeluk’ jiwa anda?

Tidakkah anda sedar iblis yang sedang ‘mentertawa’kan anda?

Apa bezanya anda, dengan mereka yang melakukan pelbagai perkara kepada anda itu?

Bukankah di dalam jiwa anda juga ada kebencian yang menjijikkan itu?

Bukankah di dalam akal anda, tiada rasional yang menyenangkan itu?

Jangan jual jiwa kita wahai saudara-saudarai yang saya cintai.

Jangan jual jiwa kita.

Biar Allah laknat mereka, biar Allah balas mereka!

Ada yang tersangat terluka, ada yang tersangat sakit hati, mungkin kerana diri sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kesilapan silam diri, mungkin kerana diri sudah berkorban pelbagai perkara agar suasana jernih kembali, tetapi terasa seperti tersangatlah bodoh dirinya dengan segala usaha itu apabila orang-orang itu buat dek sahaja.

Maka diangkat tangan dan berdoa: “Ya Allah, laknatilah mereka. Lihatlah mereka itu Ya Allah. Hitunglah mereka. Balaslah perbuatan mereka. Porak perandakanlah kehidupan mereka!” Dengan air mata kesakitan yang mengalir-alir.

Turunkan tangan kita itu. Hentikan doa itu. Jangan.

Apakah yang sedang ‘memeluk’ jiwa anda ketika anda mendoakan kecelakaan itu?

Adakah orang-orang itu memijak ISLAM anda? Adakah orang-orang itu menghina TUHAN anda? Tidak. Tidak dan tidak. Mereka hanya tidak menyenangi anda. Mereka hanya mengeji anda. Mereka hanya membuat spekulasi berkenaan anda. Mereka hanya memfitnah anda.

“Tapi aku dah usaha baiki diri aku. Ingat senang? Mereka nak apa? Sempurna macam malaikat?”

Ya. Saya faham susah. Saya faham. Saya faham kesakitan itu.

Tetapi kenapa kesabaran itu perlu dihentikan hari ini? Kenapa perlu melayan perasaan ‘terasa bodoh’ itu? Syaitan sedang membolak balikkan anda sebagaimana anak kecil membolak balikkan bola. Syaitan sedang menambah ranting-ranting kayu pada api kecil yang menanti membakar balak.

Tenang wahai saudara saudariku.

Angkat tanganmu kembali. Sebutlah: “Ya Allah, kekalkan kesabaranku. Lapangkan jiwaku. Dan AMPUNkanlah mereka semua itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Mereka tidak mengetahui hal yang sebenar. Mereka tidak mengetahui motifku yang sebenar. Mereka tidak mengenaliku secara benar. Maka AMPUNkanlah mereka, dan AMPUNkanlah diriku yang mungkin menyebabkan semua ini berlaku. LAPANGkanlah jiwa mereka untuk menerimaku, dan teruslah LAPANGkan jiwaku untuk menerima mereka.”

Seka air mata tadi.

Macamlah mereka pun tak ada salah. Salah mereka lagi besar!

Kita bengang. Usaha kita untuk berbaik tidak diterima. Alasannya adalah dosa-dosa silam yang entah dari kurun ke berapa. Alasannya adalah alasan rapuh yang sebenarnya dengan beberapa penjelasan semuanya boleh diselesaikan. Salah silap kita diungkit-ungkit. Kecil dikorek-korek, yang besar lagi digolek-golek. Seakan kita memang tidak berhak untuk berbaik-baik dengan ‘golongan mereka’.

Kita bengang. Kita nak ungkit kesalahan mereka. Ya. Mereka ingat kita tidak tahu semua keaiban mereka?

“Diorang ungkit dosa-dosa aku, aku pun nak ungkit dosa-dosa mereka!”

Oh. Jangan-jangan. Berhenti sebentar. Lihatlah cermin. Lihatlah wajah anda semasa melaungkan ayat itu. Anda sukakah? Adakah itu anda yang anda suka?

Jangan rendahkan martabat anda.

Kita hamba Allah. Yang hendak mengajak manusia kepada kebaikan. Mengapa kita hendak memalukan mereka? Apakah itu membawa kepada kebaikan? Adakah dengan membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang serupa, ia membawa kepada kesatuan? Adakah selepas itu mereka akan baik dengan kita?

Tenang.

Kita selesaikan urusan kita. Mereka, kita doakan agar mereka dapat juga melaksanakannya.

Di dalam Langit Ilahi 3: Fanzuru, saya ada nyatakan berkenaan kata-kata seorang khatib di Jordan, yang menyatakan bahawa tanggungjawab kita dengan saudara kita adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Baik kepada saudara kita, membina hubungan yang diredhai Allah dengan mereka, cuba meminta maaf segala kesalahan kita, memaafkan semua kesalahan mereka, itu semua adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT sebenarnya.

Kita bukan mengharapkan kecintaan mereka. Kita bukan mengharapkan kasih sayang mereka. Kita bukan mengharapkan mereka memuji kita.

Kita hanya harapkan keredhaan Allah SWT.

Manakala mereka kepada kita, itu adalah mereka dengan Allah SWT. Mereka maki kita, spekulasi perihal kita, memburuk-burukkan kita, mengeji kita, memfitnah kita, membenci kita, tidak membalas kebaikan-kebaikan kita,tidak hendak melihat kepada perubahan-perubahan kita, itu semua adalah antara mereka dengan Allah SWT.

Mari menjadi ‘ibad Ar-Rahman

‘Ibad Ar-Rahman adalah hamba(yang mengabdikan diri) kepada Ar-Rahman, yakni Allah SWT. Jika kita benar-benar hendak menjadi hambaNya, maka lihatlah salah satu ciri-ciri ‘ibad Ar-Rahman.

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;” Surah Al-Furqan ayat 63.
Dan lihatlah kebenaran bicara saya di atas, dengan kalam Allah SWT ini:
“Jadilah kau orang yang pemaaf, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” Surah Al-A’raff ayat 199-201.
Jadilah pemaaf. Suruhlah perkara yang baik. Berpalinglah dari orang-orang jahil. Kalau dihasut syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya sekiranya kita benar bertaqwa, hendakkan keredhaan Allah, maka apabila syaitan berusaha ‘memeluk’ kita, maka kita akan ingat bahawa kita hamba Allah, segera kita menjauh dari syaitan dan mengambil jalan yang benar, yakni memaafkan dan mengajak kepada kebaikan.

Penutup: Peringatan ini, khas buat saya.

Jujurnya, artikel ini saya tulis khas buat saya. Jujurnya, jiwa saya sedang berlubang sekarang. Walaupun mungkin sudah tersembuh sedikit dengan ulah rakan-rakan di Jordan sepanjang hari tadi. Sengaja saya lewatkan artikel hari ini selewat-lewatnya. Memberi masa saya rasional dan berfikir semula.

Ya. Saya sudah kata saya faham apa perasaannya. Memang rasa macam bodoh.

Tetapi jalan ‘orang-orang bodoh’ inilah yang hendak membawa kita masuk ke syurga.

Terus istiqomah memberikan kebaikan kepada orang lain. Walaupun orang lain membenci kita. Jangan ungkit usaha kita, perubahan kita, kebaikan kita kepada mereka. Mereka bukannya tidak tahu. Dan kita juga tidak buat semua itu untuk keredhaan mereka.

Kita sebenarnya hanya ingin ketenangan di dalam jiwa. Tidak suka sengketa. Tidak suka benci membenci. Tapi dah orang tak mahu. Kita nak buat macam mana kan?

Maka kita doakan agar Allah memperbaiki hubungan kita dengan manusia.

Kita bukan tidak berusaha. Nanti di hadapan Allah kita berdiri, kita boleh bercakap dengan Allah dalam keadaan tersenyum apabila Allah bertanya mengapa hubungan kita dengan mereka itu tidak baik. Kita menjawab: “Saya sudah berusaha ya Allah.” Dengan yakin dan tidak takut.

Maafkan saya. Artikel ini khas untuk pujuk diri saya.

Semoga anda juga mendapat manfaatnya.

"Semoga Allah terangkan jiwa kita, apabila kita berusaha untuk menerangkannya," kata Hilal Asyraf.


*** Dipetik dari my favourite author :) - Hilal Asyraf

Read more...

Aku ingin mencintai-Mu

>> 18 October 2010

Tuhanku,

Aku masih ingat, saat pertama kali aku belajar mencintai-Mu…

Lembar demi lembar kitab kupelajari…

Untai demi untai kata para ustadz kuresapi..

Tentang cinta para Nabi..

Tentang kasih para sahabat,

tentang kerinduan para syuhada..

Untuk kemudian kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan…

Aku terus berusaha untuk mencintai-Mu dengan cinta yang paling utama,

namun… Ku masih tak mampu temukan cinta tertinggi untuk-Mu…


Rabbi…

Aku tak sanggup mencintai-Mu dengan kesabaran menanggung derita sebagaimana Rasul-Mu…

Karena itu izinkan aku mencintai-Mu melalui keluh kesah pengaduanku…

Atas derita batin dan jasadku, atas sakit dan ketakutanku…


Rabbi..

Aku tak sanggup mencintai-Mu seperti sahabat menyedekahkan seluruh hartanya di jalan-Mu..

Karena itu izinkan aku mencintai-Mu melalui seratus dua ratus perak yang terulur pada tangan2 kecil di bis kota dan pinggiran jalan…

Melalui bingkisan2 sederhana yang terkirim ke saudara dan handai tolan..


Rabbi…

Aku tak sanggup mencintai-Mu dengan khusyuknya shalat salah seorang sahabat nabi-Mu, hingga tak lagi merasa anak panah dicabut dari kakinya…

Karena itu ya Allah, perkenankan aku tertatih menggapai cinta-Mu dalam shalat yang coba kudirikan dgn terbata-bata, sedang ingatan terkadang melayang ke berbagai permasalahan dunia..


Rabbi…

Aku tidak dapat beribadah sebagaimana para sufi yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta dengan-Mu..

Maka izinkan aku untuk mencintai-Mu dalam satu dua rakaat qiyamullailku…Dalam desah nafas kepasrahan tidurku…


Ya Rahman…

Aku tak sanggup mencintai-Mu sebagaimana para hafidz dan hafidzah yang menuntaskan kalam-Mu dalam satu putaran malam..

Perkenankan aku mencintai-Mu melalui selembar 2 lembar tilawah harianku…Lewat lantunan satu dua ayat hafalanku…


Ya Rahim…

Aku tidak sanggup mencintai-Mu sebagaimana Sumayyah yg mempersembahkan jiwa demi tegaknya dien-Mu..

Maka izinkanlah aku mencintai-Mu dengan sedikit bakti pengorbanan untuk dakwah-Mu…

Izinkan aku mencintai-Mu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru…

Allahumma Karim…

Perkenankan aku mencintai-Mu semampuku..

Dengan segala kelemahan dan kenaifanku :'')
 
 
*** Dipetik dari Sri^KaNdi_SoLeHah^_^

Read more...

Hakikat

>> 08 October 2010

29 Syawal 1431 H

Assalamu'alaikum wrh wbt... para pembaca yang dikasihi Allah. Tanpa kita sedari, kini kita sedang berada di penghujung bulan Syawal. Sebelum bulan Syawal berlalu pergi, sekali lagi saya ingin mengucapkan SHR Aidilfitri kepada semua.. 'heeeeeeee!' :)

Alhamdulillah, tiada lagi 'kesibukan yang mengharu biru' seperti sebelumnya. Jadi, saya ingin berkongsi kepada semua sebuah sajak indah ♥♥♥

Asal karangan ialah ayat
Asal ayat ialah perkataan
Asal perkataan ialah huruf
Asal garisan ialah noktah

Dari noktah menjadi garisan
Dari garisan menjadi huruf
Dari huruf menjadi perkataan
Dari perkataan menjadi ayat
Dari ayat menjadi karangan

Hakikat manusia ialah ruh
Hakikat ruh ialah Al-Ruh
Hakikat Al-Ruh ialah Allah SWT

Kesimpulan Al-Quran dalam Al-Fatihah
Kesimpulan Al-Fatihah dalam Bismillah

Hakikat itu ialah asal
Asal juga digelar sumber
Sumber juga yang sebenar (Al-Haqq)
Dalam 'yang sebenar' itulah kesimpulan

Dalam 'yang sebenar' itulah segalanya tersembunyi
Ghaib dari pandangan mata
Tetapi disedari perasaan jiwa

Jiwa yang sedar adanya Al-Haqq itulah jiwa yang hidup
Jiwa yang lupa adanya Al-Haqq itulah jiwa yang mati

Sesungguhnya Al-Haqq itu satu nama dari nama-nama Allah SWT.


Sumber:
Abdul Majid Hj Khatib, Renungan Batin Kesufian, hal. 87, cetakan pertama, tahun 1408 H.

p/s: Suka? Saya pun sukaaa. Tapi adakah kamu benar-benar faham maksud yang tersirat? :)

Read more...

Orang tua kita

>> 08 September 2010

Sebuah film berdurasi pendek ini semoga menjadi bahan renungan kita terhadap kedua orang tua kita jikalau saat ini posisi kita jauh dari kedua orang tua kita dikarenakan suatu hal... Adakah terbesit dibenakmu di bulan yang suci ini kita bersujud memohon ampun dan maaf atas kesalahan-kesalahan kita terhadap mereka ..??

Banyak saudara-saudara kita yang hanya bisa menyesali di karenakan belum bisa membalas jasa kedua orang tua kita keburu mereka di panggil oleh yang Kuasa....

Saudaraku selagi masih ada kesempatan jenguklah mereka.... kasihi mereka...sayangi mereka..muliakanlah mereka sebagaimana Allah SWT dan Rosululloh SAW perintahkan !!

Saudaraku selagi masih ada waktu jenguklah mereka, dengarkan keluh kesah mereka sebagaimana apa yang mereka rasakan orang-orang seumuran mereka....Temanilah waktu-waktu sepinya dengan segala kasih sayangmu sebagaimana mereka menyayangimu sewaktu kamu masih kecil.

Saudaraku.....selagi masih ada kesempatan..BERBAKTILAH.

jikalau saat ini kedua orang tua kita telah tiada...DOAkanlah selalu mereka.

Saudaraku .... sebelum penyesalan itu datang sayangilah kedua orang tua kita. Semoga Allah Azza Wa Jalla meridhoi niat ini...Amiin



p/s: Video ini turut dikongsikan semasa sesi tazkirah minggu lepas. Abis basah pipi ani..tsk tsk!


Sumber: Catatan Catatan Islami (FB).

Read more...

Permata hati

Salam 28 Ramadhan. ‘Afwan, lama saya tidak update hehe. Banyak perkara penting yang harus saya selesaikan. Terasa otak ini sudah berkarat kerana sudah terlalu tidak menutur kata. Di waktu ini kita berada di penghujung Ramadhan. Diingatkan bahawa Ramadhan akan berlalu dan meninggalkan kita tetapi janganlah kita yang meninggalkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang Ramadhan. Teringat kata-kata dari Ustaz dalam ceramah beliau di majlis penutup Qiamullail, “Jadilah kamu ini manusia hamba-hamba Allah yang Rabbani, dan jangan kamu jadi hamba Ramadhan”. Rabbani disini bermaksud berterusan beribadah kepada Allah.

Ya, seminggu yang lalu saya menikmati qiamullail bersama sahabat UBD. Jujur, inilah kali pertama saya. Subhanallah. Betapa indahnya tidak terkata, dan indahnya ukhuwah ini. Sungguh betapa jauhnya saya dari mereka…

Kata-kata dari teman saya yang luar biasa antara mereka. Beliau mengatakan;

“Selamat berpuasa for the remaining days. semoga manfaat bulan ramadhan dimana pahala sunat sama dgn pahala wajib n pahala wajib digandakan 70 kali. au, skajap. rugilah urg yg nda memanfaatkan bulan ramadhan ani.


alhamdulillaah, siok rasanya ahh sama orang2 yg sama2 ingin mencari n mengejar keredha'an allaah, sama2 ingin mendekatkan diri kepadaNya, sama2 ingin memperbaiki diri. tenang rasanya bila sama2 urg2 cemani.


semoga apa2 yg baik2 yg jihah dapat dari majlis qiamullail last week akan di 'copy n paste' n 'clone' to others. n semoga orang yg menerima 'ilmu2 dari majlis ani akan lebih faham n lebih baik n lebih byk mengaplikasi dari urg yg menyampaikan.”

InsyaAllah~ amiin ya Rabb..

Back to entri kali ini actually, saya ingin bercerita tentang tazkirah paling mengesankan saya, yang disampaikan oleh salah seorang teman kami pada malam itu - iaitu mengenai orang tua (Ibu Bapa Kitani).

Ingat pesan Rasulullah SAW, "Berbakti kepada keduanya adalah jihad." (Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru r.a.)
--

“Rindu babah eh,” sapa babah dengan senyuman, sebaik sahaja melihat kelibat saya yang baru sampai rumah.

Saya tergelak kecil mendengar pengakuan ikhlas dari babah. *senyum* Tangan saya disambut penuh rasa kasih. Mama yang kebetulan berada di belakang babah memilih untuk berdiam diri sahaja, lantas saya kucup tangan lembutnya. Selepas bersalaman dengan mereka, saya pergi masuk ke bilik dan…ter…zZzz..

--

Ok ok..focus, berbalik pada tajuk entri. Ingin saya kemukakan beberapa perkara, dimulakan dengan beberapa soalan: Siapa dia seorang ibu, siapa dia seorang bapa? Apakah kepentingan mereka dalam kehidupan kita? Seterusnya, pernahkah kamu menyahut panggilan ibu bapa dengan nada suara yang tinggi? Pernahkah kamu mengeluarkan kata ishh, ciss dan sebagainya (kes merungut) di hadapan/belakang mereka? Pernahkah kamu tidak setuju dengan pendapat mereka bulat-bulat? Pernahkah kamu membantah kehendak mereka, walau hanya ingin ditemani pergi ke kedai? Kenapa kita memberi priority yang utama kepada teman-teman berbanding kepada ibu bapa? Berapa kali kamu telah membuat perasaan mereka tersinggung? Sekarang tepuk dada tanya hati, wajarkah kita layan mereka sebegitu? Setelah apa yang mereka lakukan untuk kita selama ini demi melihat kita dalam keadaan serba baik? Masya Allah… Kita semua tahu mentaati ibu bapa itu hukumnya wajib, tetapi tanpa sedar kita telah banyak berbuat kesalahan kepada mereka, dan seolah-olah hukum wajib tadi bertukar kepada hukum sunat. Na’uzubillah!

Bayangkan seorang ibu atau bapa yang sanggup menjaga 10 orang anak-anaknya, tetapi sesudah anak-anaknya besar dan berjaya, yakinkah 10 orang anaknya sanggup menjaga orang tuanya itu? Belum tentu! Kenapa saya berani berkata sedemikian? Kerana sudah banyak contoh yang dipamerkan. Masya Allah. Bagaimana pula dengan orang tua yang mempunyai 2-3 orang anak sahaja? Yakinkah kesemuanya akan memberi perhatian sepenuhnya kepada orang tuanya? Kenapa ini semua boleh terjadi, apakah punca sebenar? Di mana letaknya komitmen seorang anak? Ke mana perginya kasih sayang seorang anak?

Mungkin setengah orang belum terkesan dihatinya, tetapi masa itu akan tiba nanti insyaAllah, iaitu apabila kita sendiri sudah bergelar ibu/bapa. Pastinya kita tahu persis apa yang dirasakan orang tua kita. Bagaimana kita menjaga hati indung, kelak begitulah cara anak menjaga hati kita. Ingat, kehidupan ini umpama pusingan roda. Jika kita layan ibu dan bapa dengan baik, insyaAllah anak kita nanti pun akan memberi layanan yang baik kepada kita. Ok enough said.

Kesimpulannya, bersyukurlah kerana masih mempunyai ‘mereka’ di dunia ini. Kerana mereka begitu berharga. Tidak ternilai, tiada tandingan dan tiada pengganti! Jangan pernah lelah berbakti kepada mereka selagi hayat dikandung badan. Buatlah mereka redha dengan apa saja perbuatan kita kerana disitu letaknya redha Allah. Mereka sumber terangkatnya segala keberkatan doa. Mari kita gembirakan mereka. Tataplah wajah mereka sepuas-puasnya, dengan penuh kasih sayang kerana kita tidak tahu kematian menjemput siapa dulu...

*tangis keinsafan*

Berikut adalah doa yang sempat dikongsikan semasa sesi tazkirah. Semoga Allah memberkati usaha kalian, duhai sahabat. Amiin. Mari kita sama-sama mengamalkan doa ini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Ya Allah...
Rendahkanlah suaraku bagi mereka...
Perindahlah ucapanku di depan mereka...
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...

Ya Allah...
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku...
dan pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku...
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

Ya Allah...
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah semua penyebab itu menghapuskan dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah...
hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda...

Ya Allah...
Bila maghfirah-Mu telah mencapai kepada mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku...
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu...
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia yang Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah jua yang Maha Pengasih di antara semua yang pengasih...

Amiin Ya Rabbal 'Alamiin

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila Ibnu Adam (Manusia) telah meninggal maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: Sadaqah jariah, 'ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh."
Renungan: Kenapa anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sentiasa mengingati orang tuanya, baik semasa orang tuanya masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Read more...

Mencari...

>> 02 September 2010

What is mustahabb during the nights of Ramadhan is to spend them in qiyaam, prayer and worship, and to single out the last ten nights for EXTRA worship and striving, seeking forgiveness and mercy, and seeking Lailatul Qadr, which is better than a thousand months.

Nabi saw bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Gapailah lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (Bukhari)

Keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar


Banyak ayat dan hadits yang menyebutkan keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar, baik secara tersurat maupun tersirat, diantaranya adalah:

1. “Lailatul Qadar nilainya lebih baik dari seribu bulan"; Artinya ibadah yang kita lakukan pada malam tersebut jauh lebih baik dari beribadah seribu bulan

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” [Al-Qadar : 3]

2. Malam tersebut penuh dengan keberkahan (kebaikan yang melimpah). Allah SWT berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ

“Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam yang penuh keberkahan.” [Al-Dukhaan : 3]

3. Malam tersebut penuh dengan ampunan. Rasulullah saw bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barang siapa yang menghidupkan Lailatul Qadar (dengan ibadah) semata-mata karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu.” (Bukhari)

4. Malam tersebut adalah malam dimana para malaikat makhluk Allah yang suci turun ke dunia untuk memberikan salam kepada hamba-hamba Allah yang taat beribadah kepada-Nya

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ . سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar”. [Al-Qadar : 4-5]

Adapun terkait dengan waktu terjadinya Lailatul Qadar, para ulama beragam pendapat. Ibnu Hajar menyebutkan lebih dari 40 pendapat. Namun, bila kita membaca hadits-hadits Nabi SAW, dapat kita simpulkan sebagai berikut :

1. Lailatul Qadar terjadi setiap tahun pada bulan suci Ramadhan, terutama pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir. Sebagaimana hadits nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, bahwa Nabi saw bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul Qadar di malam-malam ganjil sepuluh terakhir bulan Ramadhan.” (Bukhari).

2. Lailatul Qadar terjadi pada tujuh hari terakhir pada bulan suci ramadhan. Sebagaimana yang dalam hadits imam Malik, diriwayatkan oleh ibnu Umar, beliau berkata:

أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيَهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

“Bahwa seseorang dari sahabat nabi bermimpi bertemu malam lailatul Qadar dapat tujuh malam terakhir, maka Rasulullah saw bersabda sesungguhnya saya juga melihat seperti mimpi kalian lailatul qadar pada tujuh malam terakhir, maka barangsiapa yang ingin mencarinya maka carilah di tujuh malam terakhir.” (Muwattha Malik)

3. Lebih spesifik lagi adalah pada tanggal 27 Ramadhan menurut pendapat mayoritas ulama dan tanggal 21 menurut Imam Syafi’i. Ibnu Abbas pernah meminta sahabat yang lebih tua, lemah dan tidak mampu berdiri berlama-lama untuk bertanya kepada Rasul, kapankah ia bisa mendapatkan Lailatul Qadar? Rasulullah saw menasihati agar ia mencarinya pada malam ke 27 (Thabrani dan Baihaqi).

4. Malam Jum’at yang jatuh pada tanggal ganjil, juga perlu diperhatikan, karena hari Jum’at adalah Sayyidul Ayyaam (penghulu hari-hari) dan Yaumul ‘Ied (Hari raya) pekanan bagi umat Islam.


Adapun yang paling baik kita lakukan pada Lailatul Qadar adalah beribadah dan ber-taqarrub kepada Allah. Sedangkan diantara ibadah yang dianjurkan adalah :

1. I’tikaf, yaitu berada di masjid. Karena, Rasulullah saw melakukan I’tikaf dan menjadikannya budaya yang tidak pernah beliau tinggalkan.

2. Qiyamul Lail (shalat Malam). Rasulullah saw bersabda:

مَنْ يَقُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan qiyamul Lail karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lain.” (Bukhari)

3. Berdoa dan berdzikir

عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّا

“Aisyah ra berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu apabila aku mengetahui Lailatul Qadar? Apa yang sebaiknya aku ucapkan?” Beliau bersabda, "Ucapkanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah pemaaf dan menyukai maaf, maka maafkanlah daku).” (Tirmidzi).

Sementara itu, Lailatul Qadar dapat kita ketahui dari tanda-tandanya, seperti yang banyak diungkapkan para ulama dan ahli hadits seperti Muslim, Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi yang meriwayatkan bahwa Rasulullah saw pernah bersabda,

تَذَاكَرْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيُّكُمْ يَذْكُرُ حِينَ طَلَعَ الْقَمَرُ وَهُوَ مِثْلُ شِقِّ جَفْنَةٍ

“Kami saling mengingat-ingat tentang lailatul Qadar disisi Rasullah saw, lalu beliau bersabda: Siapakah diantara kalian yang ingat ketika bulan muncul seperti belahan kelopak mata." (Muslim)

Dalam hadits lain seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hudzaifah dari Imam Ali berkata:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجْتُ حِينَ بَزَغَ الْقَمَرُ كَأَنَّهُ فِلْقُ جَفْنَةٍ فَقَالَ اللَّيْلَةَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Nabi saw bersabda pada saat saya keluar dan bulan telah muncul seakan seperti potongan kelopak mata, beliau bersabda: "Inilah adalah lailatul Qadar.” (Ahmad)

عَنْ زِرٍّ قَالَ سَمِعْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ يَقُولُا وَقِيلَ لَهُ إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُا مَنْ قَامَ السَّنَةَ أَصَابَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَقَالَ أُبَيٌّ وَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِنَّهَا لَفِي رَمَضَانَ يَحْلِفُ مَا يَسْتَثْنِي وََاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا

Dari Zur berkata: "Saya mendengar Ubay bin Ka’ab berkata, disebutkan kepadanya bahwa Abdullah bin Mas’ud berkata: 'Siapakah yang berdiri melakukan shalat dan mendapatkan lailatul Qadar?' Ubay berkata: 'Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia. Sesungguhnya ia terdapat pada bulan Ramadhan yang disumpahkan dari apa yang dikecualikan, dan demi Allah aku paling tahu malam berapakah itu terjadi, yaitu malam yang saya diperintahkan di dalamnya untuk shalat malam pada pagi harinya tanggal 27 dan tanda-tandanya adalah matahari terbit di pagi hari dengan cerah namun tidak ada cahaya matahari menyengat.” (Muslim)

Karena itu, marilah menggapai puncak bahagia saat mengikuti bulan Ramadhan dengan selalu menjaga hadirnya 10 malam terakhir, khususnya Lailatul Qadar, dengan harapan dapat meraihnya dan mendapat ampunan dan pahala berlipat ganda.


Rujukan:
1. http://islamqa.com/
2. http://www.al-ikhwan.net/bahagia-bersama-ramadhan-14-bahagia-saat-menggapai-lailatul-qadar-di-bulan-ramadhan-3973/

Moga kita menjadi golongan hamba Allah yang dikasihi-Nya dan mendapat keredhaan-Nya. *pasang niat* it's time to pack up my things..

Read more...

Sajak tentang Zikir

>> 01 September 2010

*alarm berbunyi* 2.30 AM. 'Hmm... kajap lagi'. Terlena sebentar, tiba-tiba lampu tidur yang menerangi bilik tertutup, begitu juga penghawa dingin. Blackout?! Mujurlah handphone saya boleh dijadikan sebagai torch light. Lalu saya bangun dan pergi menuju ke bilik air untuk berwudhuk.

Sekelumit harapan untuk bertaubat pada Mu ya Allahu rabbi atas kelalaian ketika Kau kurniakan nikmat selepas mendung ujian yang bertandang, moga aliran keimanan terus membasahi jiwa.

Ketukan pintu bilik mengejutkan saya. Terdengar suara bibi memanggil dari luar.

"Dik, dik.. saya cari-cari lilin tapi tak jumpa."

Huhu, cari punya cari memang tidak ada. "Sudah habis kali, bi", kata saya kepadanya. Jam menunjukkan pukul 4.20 AM, babah dan mama pula belum bangun. 'Eh...' Dengan perlahan saya bangunkan ahli keluarga, dan kami sekeluarga menikmati jamuan sahur dalam keadaan samar-samar bercahayakan 'torch light'. Hehe.

Selepas bersahur, sambil menunggu adanya karan di rumah, saya duduk di sofa bersebelahan dengan babah. Diam. Masing-masing merehatkan 'perut' hehe, dan melayan fikiran, I guess. Saya lupa dimana kami memulakan perbicaraan hinggalah babah sebut tentang zikir.

"Laa ilaaha illallah, atu mentauhidkan Allah. Kalau zikir batin cana?", kata babah.

"Um?", saya memberi respon sambil mata sekali-sekala menatap pada buku yang saya ambil dari bilik.

Dengan menguatkan tarikan nafas dan hembusannya, babah berkata lagi, "Dalam nafas, ni apa?"

"Ruh? Jiwa?", saya cuba meneka dengan mengambil perkataan dari bait-bait sajak yang saya sempat baca ketika mendengar penerangan babah. Saya suluh buku itu dengan 'torch light' untuk mencari jawapan. Macam tah ada di sana haha..

"Ni nah, Allah (tarik nafas) -hu (hembuskan nafas); ikut rentak nafas. Jadi amalan walau dalam tidur. Macam para malaikat nda putus-putus bezikir, sama jua dengan makhluk Allah yang lain, durang pun sebenarnya bezikir ganya nda nampak. Apatah lagi tani manusia yang diberikan akal."

'Zikir-batin?'

"Eh, macam ada ku tebaca tadi (kiasan) pasal ani", saya tersenyum :)
  

Nadi berdetik
Jantung berdenyut
Setiap waktu setiap detik
Tanpa henti
Selagi nyawa badan kandungi

Masa demi masa
Saat demi saat
Hari demi hari
Terus berdenyut berdetik tanpa henti
Itulah ketandaan hidup
Itulah kegiatan ruh

Hidup dari Yang Maha Hidup
Hidup tak bercerai dengan Yang Maha Hidup
Ibarat Habib dengan Mahbub
Umpama asyik dengan ma'syuk
Laksana dara dan teruna
Seperti Majnun dengan Laila
Ingin bersama ingin bersatu
Sentiasa dan selalu

Bertasbih hati, berzikir jiwa tanpa henti
Itulah ketandaannya pada jantung dan nadi
Penzahiran tasbih ruh insani
Berdetik berdenyut pada jantung dan nadi

Berzikir bertasbih tanpa henti
Walau kamu tidur, makan dan mandi

Bertakbir membesarkan Allah
Bertasbih mensucikan Allah
Bertahmid memuji Allah
Berzikir mengenang Allah
Jelas terbayang penzahirannya
Pada jantung dan nadi


Sumber:
Abdul Majid Hj Khatib, Renungan Batin Kesufian, hal. 75, cetakan pertama, tahun 1408 H.

Read more...

Pengumuman penting!

Kenapa blog ini dinamakan sedemikian?

Seperti yang dikatakan oleh penulis novel Salju Sakinah, Zaid Akhtar, beliau mengatakan bahawa lebih baik sekiranya kita ada identiti sendiri.

Oleh itu, 'azzalea' bermakna kekal abadi, dan sudah tentu saya mengharapkan semua 'yang-terindah' dalam kehidupan itu kekal abadi dalam lubuk hati. Salah satu daripadanya ialah pengetahuan.

"Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikuti anda kemana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga." :)

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP