Ada gentar dan getar pada hati

>> 31 August 2010

Sewaktu bangun pagi dari tidur, saya merasakan jantung ini berdegup laju seperti orang dalam ketakutan. Entah kenapa? Saya simpan tangan di dada dan cuba 'dengar' degupan jantung. 'Ahh.. macam biasa saja.' Tapi kenapa rasa macam pelik sikit dari hari-hari biasa, naluri saya berbisik. Saya baring ke kanan dan cuba pejamkan mata, tenangkan hati. Namun, rasa 'degupan laju' itu masih ada. Macam 'beuri', nya orang Brunei.

Mungkin disebabkan terlalu banyak perkara yang sering bermain di fikiran? Beberapa kali saya cuba untuk ketepikan hal dunia buat sementara, lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Ketika memandu balik dari Jabatan Pertanian, mata tertumpu pada jalan raya, tapi otak ligat beputar memikirkan perasaan yang dialami sewaktu bangun tidur tadi. Kenapa hati ini seolah-olah kembali tidak tenteram? Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik perasaan saya ini, ya Tuhan? Tiba-tiba titisan air jernih gugur dari kelopak mata. Rasa sedih, takut dan confuse, semuanya bercampur baur.

"Ya Allah sesungguhnya aku hamba-Mu, anak dari hamba-Mu (lelaki), anak dari hamba-Mu (perempuan). Nasibku di tangan-Mu, berlaku bagiku ketetapan-Mu, adil bagiku qadha'-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan segala asma-Mu yang Engkau miliki, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk ciptaan-Mu, atau yang sentiasa Engkau sebut-sebut dalam 'ilmu ghaib yang berada di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Qur'an pewangi hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka laraku dan penghapus kesusahanku."
Amiin, ya Rabb~

Sedang masih dalam perjalanan pulang, saya teringat dengan sebuah 'majlis' yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Hati saya berbunga harapan memikirkan tentang 'majlis' tersebut. Mungkin Mudah-mudahan dengan mengikuti majlis itu nanti akan saya temukan dan rasakan nikmat kedamaian hati yang tidak akan tergoyah lagi, insyaAllah. Sebelum membuat keputusan, saya harus meminta izin restu dari babah dan mama. Seperti dalam hadits Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Hibban, Tirmidzi dan Hakim, dari Abdillah bin Amr bin Ash Radhiyallahu ‘anhuma dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Redha Allah bergantung kepada keredhaan orang tua dan murka Allah bergantung kepada kemurkaan orang tua.” 

"Ya Allah, rahmat-Mu lah yang aku harapkan, maka janganlah Engkau menyerahkan pengurusan diriku kepadaku walaupun hanya sekelip mata. Dan perbaikilah segala urusanku. Tiada Tuhan selain Engkau, wahai Tuhan yang kekal hidup-Nya, wahai Tuhan yang tetap mengurus hamba-Nya, aku memohon pertolongan dan rahmat-Mu." Amiin.

Allah knows best and I believe in Allah! ♥

0 comments:

Pengumuman penting!

Kenapa blog ini dinamakan sedemikian?

Seperti yang dikatakan oleh penulis novel Salju Sakinah, Zaid Akhtar, beliau mengatakan bahawa lebih baik sekiranya kita ada identiti sendiri.

Oleh itu, 'azzalea' bermakna kekal abadi, dan sudah tentu saya mengharapkan semua 'yang-terindah' dalam kehidupan itu kekal abadi dalam lubuk hati. Salah satu daripadanya ialah pengetahuan.

"Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikuti anda kemana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga." :)

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP