Semester kedua - 14 Ramadhan

>> 24 August 2010

Dalam hadits Sahihain, Abu Bakar pernah berkata kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, ajarkanlah kepadaku sebuah doa yang sesuai ku baca dalam solatku."

Mendengar yang demikian, Rasulullah SAW berkata: "Maka bacalah:

"Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa selain Engkau. Maka ampunilah dosaku sebagai keampunan daripada-Mu dan rahmati aku kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



Telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan
menuju redha-Mu
ya Tuhan
Terimalah...terimalah...terimalah
taubatku ini..


Anas bin Malik r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Allah SWT berfirman, 'Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa dan berharap kepada Kami, Aku ampuni dosa-dosamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, walaupun dosamu seluas langit, lalu engkau meminta ampun kepada-Ku, sudah tentu Aku ampuni. Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan seluas bumi lalu engkau menjumpai-Ku tanpa menyekutukan-Ku, maka Aku akan datang kepadamu dengan ampunan seluas itu juga." (Riwayat Tirmizi dan dinilai hasan).

0 comments:

Pengumuman penting!

Kenapa blog ini dinamakan sedemikian?

Seperti yang dikatakan oleh penulis novel Salju Sakinah, Zaid Akhtar, beliau mengatakan bahawa lebih baik sekiranya kita ada identiti sendiri.

Oleh itu, 'azzalea' bermakna kekal abadi, dan sudah tentu saya mengharapkan semua 'yang-terindah' dalam kehidupan itu kekal abadi dalam lubuk hati. Salah satu daripadanya ialah pengetahuan.

"Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikuti anda kemana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga." :)

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP