Salam dalam sembahyang

>> 28 August 2010

Di pagi hari sabtu yang cerah - alhamdulillah, saya masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Menjadi salah satu makhluk-Nya yang dikelilingi dengan pelbagai nikmat. Dan nikmat yang terbesar adalah nikmat Iman dan Islam.

Biasanya waktu pagi seperti ini saya masih lagi melelapkan mata setelah mengerjakan solat Subuh, tetapi kali ini tidak. Ahh.. another nikmat Tuhan berikan. Mata menatap kipas yang berpusing perlahan, minda pula memikirkan apa yang hendak dibuat di pagi ini. Hmm.. rasa sudah lama saya tidak 'menjamah' buku-buku fikrah. Lantas saya bangun dan keluar dari bilik. Setiba didepan mini library kami, mata saya terpandang pada sebuah buku berwarna kuning yang berjudul 'Perjalanan roh manusia melalui 4 alam'. Teringat pula pesan babah beberapa bulan yang lepas, "Lai, kau suka baca buku kan? Nah, baca tia buku babah baru beli." Saya tersenyum bila mengenangkan buku itu langsung belum saya baca hingga saat ini. Haiihh.. procastination lagi..

"Ok, let's read this book. Eh, wait. Ani buku apa?", saya berbicara seorang diri. Another buku berwarna kuning, berukuran sederhana tebal. Saya membelek-belek buku tersebut. 'Ohh, buku ani...' Tanpa berfikiran panjang, saya letak buku 'Perjalanan roh' tadi di tempat asal, minat saya tertumpu pada buku yang baru saya temukan.

 Masih lagi membelek-belek buku tersebut, hehe, then stop pada bab Shalat, mata tertumpu pada perkataan SALAM. 'Ani jua yang babah ajar dulu...'

Babah pernah mengajar saya beberapa bacaan yang sunat dibaca didalam dan selepas sembahyang. Mengenai salam di penghujung sembahyang; *recall back*

"Biasanya tani memberi salam dari kanan ke kiri dengan membaca: 'Assalamu'alaikum warrahmatullah' kan", kata babah kepada saya.

Saya mengangguk ya dan menanti dengan penuh perhatian kepada apa yang hendak babah ajarkan.

"Sebenarnya ada lagi sambungannya tu. Babah selalu amalkan ani."

"Apa?"

Menurut babah, apabila menoleh ke kanan maka bacalah:
Assalamu'alaikum warrahmatullah, as alukal jannata wal 'afwa 'indal hisaab.



Apabila menoleh ke kiri maka bacalah:
Assalamu'alaikum warrahmatullah, as alukal jannata wannajaata minannaar.



"Kan di bahu kanan dan kiri tani ada malaikat yang menjaga, yang tugasnya mencatit amal perbuatan tani, yang baik (kanan) sama yang nda baik (kiri). Kalau kau perhatikan yang sebalah kanan, ayat hujungnya 'afwa 'indal hisaab, ertinya mohon keringanan hisab. Sebalah kiri ayat hujungnya wannajaata minannaar, ertinya minta dijauhkan dari api neraka, pasal sebalah kiri ani yang nda baik-baik kan. Jadi tani bukan sekadar memberi salam, tapi tani tarus memohon doa."  

Saya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata babah.

Sumber:
Rahasia Mujarobat, cetakan ketiga, tahun 1423 H.

2 comments:

bI4s4 24 September, 2020 05:15  

Izin share tulisany kak

Unknown 20 February, 2022 11:44  

Maaf, emang boleh ya, pakai bacaan itu setelah salam??

Pengumuman penting!

Kenapa blog ini dinamakan sedemikian?

Seperti yang dikatakan oleh penulis novel Salju Sakinah, Zaid Akhtar, beliau mengatakan bahawa lebih baik sekiranya kita ada identiti sendiri.

Oleh itu, 'azzalea' bermakna kekal abadi, dan sudah tentu saya mengharapkan semua 'yang-terindah' dalam kehidupan itu kekal abadi dalam lubuk hati. Salah satu daripadanya ialah pengetahuan.

"Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikuti anda kemana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga." :)

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP