Sudah atau belum?

>> 22 August 2010


Alhamdulillah, semester pertama Ramadhan sudah pun berakhir. Semoga semester kedua dijalani dengan kejayaan yang gemilang seterusnya di akhir semester ketiga akan memperoleh natijah kejayaan yang lebih baik dari tahun lalu. Amiin, insya ALLAH.

Bercerita tentang Ramadhan, sudah terlaksanakah apa yang dirancangkan di bulan suci ini, selain melaksanakan ibadat puasa? Seperti yang kita ketahui, sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan penuh KEBERKATAN, KEBAJIKAN dan banyak mengandungi KELEBIHAN.

Tepuk dada, tanyalah hatimu; tingkatkan amal, kuatkan Imanmu. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa. Amiin.

Dari Abu 'Amr atau Abu 'Amrah Sufyan bin Abdillah, beliau berkata,

“Wahai Rasulullah SAW, ajarkanlah kepadaku dalam (agama) Islam ini ucapan (yang mencakup semua perkara Islam) sehingga aku tidak (perlu lagi) bertanya tentang hal itu kepada orang lain setelahmu [dalam hadits Abu Usamah dikatakan, “selain engkau”].

Rasulullah SAW bersabda, "Katakanlah: "Aku beriman kepada Allah", kemudian beristiqamahlah dalam ucapan itu."

--Ibnu Rajab mengatakan, “Wasiat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ini sudah mencakup wasiat dalam agama ini seluruhnya.”

Moga diriku tetap istiqomah♥

0 comments:

Pengumuman penting!

Kenapa blog ini dinamakan sedemikian?

Seperti yang dikatakan oleh penulis novel Salju Sakinah, Zaid Akhtar, beliau mengatakan bahawa lebih baik sekiranya kita ada identiti sendiri.

Oleh itu, 'azzalea' bermakna kekal abadi, dan sudah tentu saya mengharapkan semua 'yang-terindah' dalam kehidupan itu kekal abadi dalam lubuk hati. Salah satu daripadanya ialah pengetahuan.

"Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikuti anda kemana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga." :)

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP